Bas Ekpress camni bikin gua panas je!

by - 9:22 AM

asalamualaikum w.b.t

huh, agak lama gak la kan tak mengupdate belog sempot ku yang busuk ni...sebab musabab nye aku pergi holiday kat Melaka.. what a great experiance..


actually aku nak nak citer and meluahkan rasa ketidakpuasan kehatian.hurmm, pasal ape ye? pasal kredibiliti pengangkutan awam.

baru-baru ni aku pergi Melaka just naik bas express.so, nak citer la sket tentang kelemahan bas express kat negara kita ni...
hurmmm....

perkara aku paling benci kalau dalam bas express:

1.bas kotor nak mampuihh, kalau memang bas tu agak buruk xpe la braderr, ni setakat kat luar kemain lagi lawoo gayenye, tengok dalam hamboii dengan sampah bersepah sepah, air tumpah-tumpah, jadi nak duduk malah nak tidur bapak tak selesa la kan.

ni dah tahap teruk bebeno dah.

2.aircond macam nak mati, aku rasa semua bas express memang ada aircond.tapi yang ade tu pon macam takde je,panas je duduk dalam tuh, yang bau telur lah, bau kentut la semua boleh bau..

bawak kipas lagi bagus!

3.bising je memaaaanjaaang, yang ni aku paling menyampah sekali. kalau nak cakap berbisik-bisik takpe lah jugeeekk kan...ni cakap macam nak satu bas dengar, popaleeeh. ye ye je nak tidur dalam bas dah tak dapat tidur, yang telefon awek, cakap sayang-sayang....euwww, ko ingat aku nak dengar ke?!


nak je aku aku jerit kat kau kuat2...weyh! cakap tu biar lah kuat lagi tak dengar ok!haha
4.jaga la tingkah laku la weyy!, yang bawak awek @ pakwe tu ..hamboi kemain kan...main geli-geli la pulekk.. menyampah..nak je aku campak ke sungai..haha*puas hati

sweet lettew?

5. beg sebeban ko letak!kan dah ade disediakan tempat untuk letak beg kat bawah even kat atas pon ade..nak jugak letak kat tempat seat..menyerabut kan je lah, orang nak lalu ke, nak gerak-gerak sikit dah susah..pergghh..hanginn

kemain banyak beg bawak!

6.conquer seat, memang..memang seat aku tu memang untuk kau sekali, sesuka hati mak tiri laki bapak die lah kan. letak la sampah-bersampah sampah kat tempat seat gua, mane tak nye kalau sampah cekeding takpe la jugeek, ni sampah satu plastik, agak-agak la weyh..

7. tak tepati mase!driver bas ni kekadang tak tepati masa.. buleh je aku beli tiket pukul 8 pm sampai bas dekat pukul 10 pm.ce punctual,ce puntual.. nak je aku jampi serapah kan.. dah lambat tu, nak pulak bawak bas lelaju selaju laju nye,macam dah naik roller coster pon ade.ingat lah orang yang tersayang.

jangan la selambat kura-kura pulak

8. seat aku memang aku beli untuk kau.ni aku bengang, dah memang seat aku kat situ kan, asal la plak ade je melaun yang TERDUDUK kat situ.aku halau dengar cara supan ukeh..terima kasih.



nota kaki bercagu: ni adelah sedikit ketidakpuasan sesetengah bas ekspres, bukan berniat untuk mencarut, semoga kita mengambil iktibar..hohoo*ayat x leh blah*

You May Also Like

2 Komen☺☺