Stepholic {Showdown} tersingkir sebab.......

by - 6:51 PM

asalamualaikum, 

setiap hari rabu mesti tak nak lepaskan tengok Showdown 2011..Memang best bleh jadi b-boy kan.hah, angan-angan itu sumer, kalau nak pon wat dalam bilik sesenyap je kot..puahahha....


minggu lepas Stepholic terkeluar, hari ni tak tau la kan,Panic ke kan.mana la aku tau kan,nak tau ke tidaawkkk kan,tengok la malam ni ye, kalau nak tanya saya sokong siapa? aku dengan pantas jawab aku sokong semua..sebab semua pon hebat-hebat..hohoooo...

Stepholic minggu lepas tak berapa nak tergempak sangat lah kan,dengar je kritikan para juri pergghh kat Stepholic agak mengecewakan.



 Sebab ape dieorang agak hambar persembahannya ade la sebabnye kan.bukan dieorang tak berlatih pon kan.meh selongkar rahsia.


Stepholic power minum Horlick kot..



Saat-saat terakhir Stepholic kat pentas battle,yaw'll da best!

TIDAK menyangka akan sampai sehingga minggu kelima dalam pertandingan tarian popular Showdown 2011, kumpulan Stepholic yang berasal dari Kuching, Sarawak terpaksa akur dengan penyingkiran mereka pada Rabu lalu.
Stepholic yang dianggotai oleh tujuh anak muda berusia antara 16 hingga 20 tahun iaitu Ariff Mohd. Dawi, Gilbert Joel Gimbom, Ameer Mohd. Dawi, Mohd. Aiqal Mohd. Saifullah, Mohammad Syaiffuddin Za’aba, Wan Mohd. Nazrin Wan Saadie dan Mohd. Azree Haidir mengakui faktor kurang sihat menyebabkan persembahan mereka kurang memberansangkan.
“Ada tiga orang yang demam, jadi kami kurang tenaga ketika menari. Ketika nama kami disebut antara empat kumpulan yang berada di tangga terbawah bersama Force 136, Blazin Squad dan Rokusteps, kami sudah dapat agak akan tersingkir.
“Tambahan bila dalam sesi battle dengan Blazin Squad, memang kami lemah dan gagal memberikan persembahan yang terbaik,” ujar anggota paling tua Stepholic, Wan Mohd. Nazrin.
Meskipun kecewa apabila disingkirkan, perkara paling menyedihkan buat mereka adalah berpisah dengan tujuh kumpulan tarian yang lain.
“Walaupun di atas pentas kami merupakan lawan, tetapi di belakang pentas kami umpama sebuah keluarga yang besar. Kami sangat rapat dan saling membantu antara satu sama lain.
“Selepas ini kami akan pulang ke Sarawak dan tidak akan bertemu dengan mereka lagi, itu perkara paling sedih. Saya harapkan mereka akan memberi persembahan yang terbaik,” kata Ariff.
Tersingkir tidak bermakna perjuangan mereka sebagai penari akan berakhir. Kata mereka, kumpulan Stepholic akan terus kekal sebagai sebuah kumpulan dan aktif di negeri kelahiran mereka sendiri.
“Kami akan terus aktif dan terus menari. Kalau ada peluang, mungkin kami akan cuba teruskan perjuangan dalam Showdown tahun depan,” ujar Ariff lagi.
Menyuarakan hasrat hati, kata Wan Mohd. Nazrin, mereka ralat kerana tidak sempat bertanding di atas pentas dengan kumpulan HMC Phlow kerana Stepholic cukup meminati kumpulan tarian itu.
“Ramai yang mengatakan kumpulan kami seperti HMC Phlow, sebab itu kami ingin bertanding dengan mereka. Apa pun, jika kata kumpulan yang terbaik bagi kami ia adalah Elecoldxhot kerana koreografi mereka memang menarik,” ujar Nazrin.
Minggu lalu, kesemua peserta Showdown 2011 diadili oleh dua juri tetap iaitu Maple Loo dan Joe Flizow serta penampilan salah seorang anggota VE, Damien selaku juri undangan.
Penyingkiran Stepholic memberi peluang kepada tujuh kumpulan yang lain iaitu Panic, Bounce Stepperz , HMC Phlow , Elecoldxhot, Blazin Squad, Force 136 dan Rokusteps untuk bergelar Juara Showdown 2011 musim kedua yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.
Malam ini, ketujuh-tujuh kumpulan akan menari mengikut genre muzik yang telah ditetapkan iaitu rock. Program Showdown 2011 dikendalikan oleh Hafiz Hatim selaku pengacara dan berlangsung di ruang terbuka i-City, Shah Alam, Selangor pada setiap Rabu pukul 9.30 malam dan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran 8TV.

jom usha-usha balik vid. dieorang yang mantop lagi gempak!





credit: uncle. KOSMO dan pak cik Youtube

You May Also Like

0 Komen☺☺