Kelebihan Puasa dari segi kesihatan

asalamualaikum w.b.t, well hello peeps...
alhamdulillah,baru je lepas makan pagi mee goreng dan pulut di rumah sebelah,
ada majlis kesyukuran..
k2.entri kali ni nak kasi pendekatan sikit tentang kelebihan puasa
dari segi kesihatan.supaya kita tahu, yang puasa ni bukan sahaja untuk kita mendekatkan diri kepada yang Maha Esa,malah banyak lagi kelebihannya pada diri kita..insyaAllah


sebelum aku menghuraikan dengan lebih mendalam tentang kelebihan puasa dari aspek kesihatan ni. elok lah kalau kita tahu apakah definisi puasa itu sendiri.

"menahan diri dari makan dan minum serta menahan (mengawal) diri dari semua perkataan, pemikiran atau pendengaran perkara-perkara yang tidak baik dari terbit fajar sehingga terbenam matahari"

 Hasil daripada kajian yang dibuat oleh 2 pengkaji Islam dari Syria menyatakan bahawa dengan berpuasa antaranya dapat :
  1. Memberi peluang kepada sistem penghadaman daripada terus berfungsi tanpa henti dan Membantu proses perkumuhan dan dapat menghapuskan toksid atau racun di dalam badan kita.Semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan). Tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar. Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain.
  2. Dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa.
  3. Berpuasa dapat mencergaskan badan dan minda kita.
  4. Menolong melambatkan proses penuaan.
Mari kita melihat kepada kata-kata hikmah dan nasihat daripada pemikir-pemikir tersohor Islam yang menyentuh aspek puasa dan pemakanan :-
Lugman Al-Hakim berkata kepada anaknya,

“Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan
hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”
Abdullah bin Mas’ud menyatakan,
“Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”
Al-Hasan Al-Bashri berkata,
“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”
“Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal solehnya.”

janganlah amalkan "Hidup untuk Makan" amalkan "Makan untuk Hidup"

Jom Ketahui Puasa dan Kelebihan Solat Terawih [CLICK] 

3 comments:

A.F.I said...

selamat berpuasa =D

visitme@FaTiN cOrNeR said...

nice info..

ahlan wasahlan ya ramadhan..

~mUh4mM4d**F4dhL1 said...

@A.F.i: selamat berpuasa juga

@fatin: thanks...:)