kisah pada bulan ramadhan tatkala perut buncit [comic strips]

by - 7:56 AM

assalamualaikum dan salam ramadan readers...
jom layan komik strips dari aku...hahaha
jam tepat menunjukkan waktu berbuka di zon daerah temerloh iaitu pada pukul 7.24 pagi petang, seorang makhluk bernama simeon dapat melengkapkan buku resepi pada puasa yang ke13 dengan bermenukan burger double trouble chicken pop pak salim dan nasi putih bersama segelen air bandung bersama ketulan ais yang terampungan disebabkan bouyant force. dan juga berberapa makanan tambahan yang dibeli di bazar ramadan sebanyak 12 jenis kuih berserta kuah lodeh {makanan tersebut tidak dilukis memandangkan mungkin ada yang terliur}

dengan pantas dan gelojohnya simeon bin bujur sipih ini meneguk sebaldi=segelen air bandung yang dibuat khas oleh chef terkemuka yang diimport khas dari bandung,jawa selatan indonesia.tanpa membaca sebarang doa makan.


berpandukan muka simeon yang agak2 macam hippopotimus berendam dalam lumpur, menyatakan perutnya terasa tidak boleh menerima sebarang objek keras mahupun bersederhana dimasuki kedalam tubuhnya...brrrrk*sendawa..nasi kosong,burger dan makanan tersebut langsung tidak berusik..*jangan amalkan amalan membazir*
perut bunting simeon bin bujur sipih ini menyebabkan beliau tidak berupaya untuk solat dengan pantas tatkala selepas melantak waktu berbuka, manakan pula pergi ke terawih..

moral of the komik:
*mulakan makan dengan membaca doa tidur makan
*berbukalah dulu dengan kurma yusri taiybo..
*janganlah terlalu suka boros ketika membeli makanan tatkala di bulan ramadan ini, amalkan budaya berjimat cermat.
*janganlah makan @ minum terlalu banyak, anda mungkin memerlukan gaviscon untuk kelegaan yang pantas..nanti tak larat nak solat siapa susah?!

semoga bulan ramadan ini melahirkan kita orang yang lebih baik..
kbai..salam

You May Also Like

5 Komen☺☺