Filem Hantu Bonceng khurafat ke? #2

by - 8:01 AM

salam,
ukeh, sambungan dari entri sebelum ni fasal Filem Hantu Bonceng 
arahan Ahmad Idham, 
aku memang dah tengok time babak dimana Zizan (Raja Lawak) pada dialog
menyebut "asyhadu anna Muhammadar syaitan"(aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan)
#disebabkan sebab tertentu aku malas nak ping video tu kat sini, cz ramai yang cakap babak tu dah dicrop kan..
(xtau la betul ke tidak dah crop, kalau tak camne bleh tersebar..kann)
aku bukan mahu menjadikan perkara ini dibesar2kan...
tetapi dengan perasaan menghormati agama ku, agama Islam. I really concern about this kind of things..
walaubagaimapon.. Zizan telah meminta maaf tentang babak tersebut..
aku bukan nak menyalah, dah hanya menunding jari, mencarut tak kena tempat..
aku inginkan perkara serbegini dijadikan teladan, malahan titik nokhtah bagi kes 
mempermainkan agama Islam..
sebagai pelakon : harus mengkaji selidik tentnag skrip yang dibaca dan disampaikan
sebagai penulis skrip: haruslah men'double' triple check semula, adakah skrip tersebut sesuai dan tidak akan menyebabkan mana2 pihak tersinggung..

aku petik sikit dari sumber mynewshub.my
"Mengapa dialog ini terkeluar dari mulutnya bukan untuk kami menilainya. Ada pihak lain terutama Ahmad Idham yang perlu menjawab mengapa jadi begini.
Bagi pihak Zizan, mungkin kegagalan beliau untuk memahami apa yang diucapkan itu menjadi punca mengapa dialog seperti itu boleh wujud dalam filem berkenaan.

Namun, apa yang penulis skrip fikirkan masa menulis ayat itu?
Apa yang harus dikeluh-kesahkan ialah mengapa badan-badan berkenaan seperti Lembaga Penafisan Filem  (LPF) tidak menilai dengan terperinci filem ini sebelum membenarkannya disiarkan.
Membaca komen-komen di Youtube, ramai yang berkata mereka hanya gelak apabila melihat adegan berkenaan tanpa menyedari kesilapan yang wujud.
Pokok pangkalnya, rasanya apa yang berlaku ini mudah sahaja, kejahilan dalam hal agama dan kelalaian pihak yang berkenaan menyebabkan wujudnya babak yang demikian.
Mungkin filem itu perlu ditarik balik dari pasaran atau penyuntingan kali kedua dilakukan segera.
Ini soal akidah yang tidak boleh dipandang rendah."

moral of the movie : setiap orang memainkan peranan, jangan sekadar ambil mudah dalam semua hal, terutamanya hal2 agama.
renung2kan dan selamat beramal..

 

You May Also Like

1 Komen☺☺