entri terbantut : Kenangan Raya sadis

by - 6:07 AM


assalamualaikum..

keras rasanya jari jemari ingin menaip..
entri yang berkurun rasa ingin diupdate tetiba datang mencurah.
kenangan-kenangan manis mahupun pahit ingin kucatat kembali.

disebabkan pelbagai jenis masalah mahupon onak duri untuk update masa raya baru2 ni, aku rasa ni lah masa yang sangat sesuai untuk update balik.kekekee....
memang rasanya raya tahun ni, merupakan raya yang paling tak best bagi aku..
well, disebabkan aku demam a whole week on the raya....sadis kan...

alkisah sehari sebelum raya...
projek aku mengisi beras pulut kedalam buluh lemang yang telah bapak aku ambik dari kebun atuk aku, dalam bilangan 15 kot,( around pukul 12 pm)
proses membakar lemang ni memang semudah yang anda fikirkan... 
terasa betapa susahnya para penjual lemang disaat itu sangat aku rasai.#chewah...

dalam proses membakar lemangs ni, nak mengelakkan dari terkena semburan asap yang bertindak tanpa pengetahuan aku, menyebabkan aku terpaksa menghirup asap2 pembakaran tersebut...
memang bukan senang....memang bukan senang.... dan MEMANG BUKAN SENANG...

dan disebabkan itu, dan disebabkan itu jugak lah... kesensitifan aku mungkin dalam organ pernafasan yang manja-manja ni.. aku merasakan tidak sihat je...
malam tu, siap sedia mencari ubat-ubatan yang patut aku telan, minum mahupon sapu #oktipu....
dapat satu tablet ubat demam malam tu rasa macam dah oke ja...

then, pagi raya tu, badan sudah memberikan respon tidak ingin bertoleransi sama aku...ciss...
maka terlepaslah sembahyang raya pagi tu.... dan.. dan .. saya tak dapatlah duit raya masa kat masjid tu, masa tahlil..wuuwuwu...#motip?

pagi tu, dengan semangat yang jitu, mandi-mandi.. rasa cam sihat sket.. dapat jugak beraya kat rumah jiran dan saudara terdekat, kawasan rumah aku, 

then petang tu, badan dah mula rasa macam panas giler... batuk-batuk je...effect of asap lemang... perut plak rasa kembung angin.... malam tu jugak pergi klinik... periksa then ambik ubat... around rm6o jugak harga ubat aku...perghh....

makan ubat, tanpa berdoa padaNya pon takde function jugak kan... masa seminggu tu macam-macam ubat aku makan, my mum tried her best.. i feel like a baby masa tu.. chewah...
terkilan rasanya tak dapat nak beraya dengan saudara mara, kawan-kawan... hanya mampu membalas mesej2  sajalah... tapi Alhamdulillah, aku bersyukur padaNya.. mungkin ada hikmah disebalik itu...





You May Also Like

0 Komen☺☺