10 Ramadan

by - 8:35 PM

Alhamdulillah, 
kita still diberikan peluang dan kesempatan untuk beribadah di bulan yang penuh barakah ini.. bulan untuk kita memperbanyakkan lagi ibadat kita. InshaAllah.

Lama sudah rasanya tak menaip di blog aku ni.. yeah.. terasa kekok jugak sebenarnya.

macam mana dengan aktiviti di bulan ramadan ni? mesti ade yang merasakan kelainan di ramadan kali ini. Lebih lebih lagi bagi mereka yang merasakan kan kehilangan ahli keluarga, yang dimana mereka tidak merasakan ramadan pada tahun ini. bersyukurlah kita kepadaNya, diberikan kesempatan untuk berjumpa lagi dengan ramadan kali ini.

aku bersyukur ramadan kali ni, still dibulan aku cuti sem. so, aku dapat la berbuka di kampung bersama keluarga yang tercinta. chewah. bagi yang tak dapat berpuasa dan berbuka bersama keluarga, ambillah sedikit masa bersama di hujung minggu. :D

pada bulan ramadan kali ini juga, pada  ramadan ke 6, iaitu pada 15/7 merupakan tarikh ulangtahun kelahiran aku, alhamdulillah, umur aku dah mencapai 21 tahun,  yeay dapat rebat telefon mudah alih 200 kata kooo. -_-
thanks sangat sangat kepada kawan kawan yang wish dan doakan kepada aku. InshaAllah kita akan jadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. :D
Thanks jugak kepada along, yang masakan nasi jagung bersama daging kari sempena birthday aku.. yum yum *first time rase nasi jagung tehee..

akhir kata : Selamat menyambut Ramadan Mubarak, dan semoga ramadan kali ini lebih barakah, bermaaf maafan lah kita bersama. InshaAllah.till then 


You May Also Like

2 Komen☺☺