Pray For Egypt

by - 6:39 AM

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekarang dah cukup seminggu satu hari kita merayakan 
Hari Raya Aidilfitri.
mungkin kita disini merasakan sungguh gembira dapat bertemu 
dengan sahabat handai dan saudara mara yang lama 
tak jumpa, open house yang tak terbilang 
sampai tak sempat nak pergi ke semua nya.

di saat kita menjamah kuih muih raya, makan rendang bersama lemang mahupun ketupat, ada insan yang kurang bernasib baik ketika syawal menjelang.
sadis sekali kita lihat di kaca-kaca televisyen, keratan akhbar yang membicarakan situasi di bumi Mesir sekarang.
negaranya bergolak. Penduduk disana hidup dalam ketakutan. hidup dalam kelaparan. hidup dalam kesedihan. Betapa sayunya jika kita berada di tempat mereka.

Pabila pemerintahan berasaskan sekular menjadi pucuk pimpinan dalam sesebuah negara. pertumpahan darah berlaku. dimana hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri seseorang. pabila pistol menembak tanpa rasa sebarang ketakutan. membakar tempat-tempat untuk beribadah. 

Mungkin kita hanya insan yang kerdil tidak mampu untuk melakukan perubahan yang besar kepada bumi Mesir kini. Dengan doa hambaNya tidak pon Allah tidak memperdulikan.
Mari kita sama-sama bacakan qunut nazilah di setiap solat fardhu dan solat hajat kita. Doa adalah senjata bagi kita yang berada jauh dari Mesir.

Moga Allah menghapuskan Firaun zaman moden di Mesir dan memenangkan golongan yang HAQ.




di sini terdapat sedikit gambaran yang berlaku disana:








sumber foto dan Info boleh dibaca terus dilaman facebook Prihatin Mesir

You May Also Like

0 Komen☺☺